Feb 25, 2009

Skandal Najib

Semakin hari nampaknya semakin dekat untuk kita berhadapan dengan kenyataan iaitu Najib Razak bakal ditabalkan menjadi Presiden UMNO. Itu mungkin tidak mengapa, kerana beliau menjadi "kepala taik" untuk puak-puak UMNO karat. Masalahnya kini yang menghantui kita ialah jika Najib Razak turut sama menjadi Perdana Menteri Malaysia, mengantikan Pak Lah Badawi. Inilah dia "hari dan saat paling malang" buat rakyat Malaysia sebenarnya. Tambahan pula bagi rakyat Pahang Darul Makmur sendiri. Ramai yang ditemui merasa amat "malu dan terhina" bila Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam tidak lama lagi. Ramai yang takut dan risau apakah pula dasar-dasar zalim yang akan dilaksanakan oleh Najib sekiranya beliau memerintah nanti. Sanggupkah kita berhadapan dengan keadaan ini. Sedangkan dalam masa yang sama sekarang, beliau telah "bermaharajalela" dengan sewenang-wenangnya. Wang rasuah, uguk, culik, pukul serta membeli wakil rakyat kini menjadi mainan buat Najib Razak. Malu rasanya ingin menggelarkan nama beliau "Najib Tun Razak" kerana ayahandanya itu memang "berjiwa rakyat" dan disayangi oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik kepartian masing-masing. Namun Najib ternyata gagal mewarisi keperibadian Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua itu. Dimana-mana kini orang sibuk menyebut pasal Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri. Beliau boleh menipu puak-puak UMNO tetapi bukan rakyat Malaysia secara keseluruhan sebenarnya. Sementara itu dibawah ini disuarakan rintihan hati naluri salah seorang warga Pahang yang cukup kecewa dengan senario ini. Beliau ialah Tuan Haji Suhaimi Said (foto) yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Pahang. Menurut beliau dalam blog peribadinya :-


"Sebagai anak Pahang, dilahirkan di Pahang, bersekolah di Pahang, ibu bapa saya hidup dan mati di Pahang, atuk-atuk dan nenek-nenek saya semuanya dikebumikan di Pahang, sepatutnya saya berbangga jika anak Pahang jadi PM. Saya berbangga kerana Tun Razak anak Pahang menjadi PM kedua, seorang pemimpin yang berkualiti dan menjadi kebanggaan Malaysia. Tapi kalau Najib anak Tun Razak jadi PM, saya berasa sangat malu! Malu kerana semua skandal yang dikatakan dikaitkan dengan Najib semuanya disapu dibawah carpet. Saya tak kata Najib bersalah. Saya kata ada tuduhan-tuduhan, tapi tak satu pun tuduhan-tuduhan terhadapnya itu disiasat dan diselesaikan di Mahkamah. Ada orang kata kedatangan Altantuya ke Malaysia ada kaitan dengan Najib. Betul ke? Kenapa perkara ini tak disiasat. Entah ya entah tidak. Tapi siapa nak tahu kalau kes ini tak disiasat. Ada orang kata kematian Altantuya dikaitakan dengan Najib, dan bomb c4 adalah dari Kementerian Pertahanan.Ini tuduhan, tapi selagi tak disiasat, siapa nak tahu betul atau tidak? Entah betul, entah tidak! Bukan saya saja nak tahu, seluruh rakyat Malaysia nak tahu, entah betul entah tidak!" "Tiba-tiba timbul pula kes Bala, dia kata Najib ada kena-mengena dengan kes Altantuya, dia buat Statory Declaration. Hari ini dia buat Surat Sumpah, hari esok dia hilang diawa polis dan keluar dia di TV menarik balik akuannya, dan selepas itu dia terus hilang! Dimana dia sekarang? Hidup ke, mati ke? Takkan polis tak boleh jumpa dia kalau dia masih hidup! Apa gunanya ada Interpol kalau seorang Bala pun boleh hilang, dan Bala ini hilang dengan satu keluarga! Kenapa bila tuduh saja Najib, Bala ini boleh jadi hilang? Aii, orang kampong pun boleh teka apa cerita sebenarnya! Semua ini kerana dan disebabkan oleh Najib! Kemudian timbul pula cerita Saiful diliwat, dia ada cerita liwat selepas jumpa Najib untuk minta biasiswa, Saiful ini nak sekolah dimana minta biasiswa dari Najib nih? Kenapa sekarang tak sekolah-sekolah pun! Saiful ini pergi jumpa doktor, dan doktor yang mempunyai pengalaman yang lama kata dia tidak diliwat! Tapi, kerana kes ini bermula dengan Najib, Anwar Ibrahim tetap dituduh liwat?. Apa jenis manusianya Najib ni? Orang boleh hilang dan orang boleh kena liwat kerana sentuhannya"."Kita mahu PM yang ada digniti, menang dengan digniti, kalah dengan digniti, hidup sebagai seorang demokrat ulung! Dia kalah 5 Negeri pd 8.3.2008, dia kalah di Permatang Pauh, dia kalah di KT. Kemudian serata-rata tempat kita dengar Wakil Rakyat PR mendapat tawaran juta-juta ringgit untuk cross ke BN, dan seorang Ketua Bahagian PKR di Perak kata dia ditawarkan RM50 juta oleh Najib supaya 2 Mamat di Negeri itu cross ke BN. Tiba-tiba kita dengar 2 Mamat itu dituduh rasuah suatu tuduhan yang sengaja diada-adakan, rupa-rupanya ada cerita besar, 2 Mamat yang tak ada kualiti itu hilang, 5 hari hilang". Isteri masing-masing pun tak dapt hubungi mereka. Mereka lari dari tugas. Rupa-rupanya ada di Pekan, kampong Najib! Bila surat letak jawatan mereka di serah kepada Speaker, tiba-tiba menjelma balik dua Mamat itu. SPR kata tak letak jawatan, SPR ini bertindak sebagai parti komponen BN. Tiba-tiba 2 Mamat itu menjelma bersama Najib, kata mereka keluar dari PKR. 2 Mamat ini hilang, angkara Najib! Krisis di Perak sekarang ini berlaku angkara Najib. Huru-hara di Perak sekarang kerana angkara Najib. Rakyat Perak sangat benci kepada Najib, dan kalau Pilihanraya Negeri Perak diadakan sekarang, hampir keseluruhan ADUN-ADUN BN Perak akan kecundang. Kredibiliti dan imej BN Perak telah dihancurkan oleh Najib. Tak mahu cerita panjang lagi. Apa saja nak disebut tentang Najib tidak dapat dilarikan dengan kes-kes terhadapnya yang tidak selesai. Nak jadi PM macam mana? PM yang tak ada kualiti! Aku malulah!"

No comments:

Post a Comment